Tesla Solar Roof

Tesla Solar Roof
Tesla Solar Roof

Tesla baru-baru ini memperkenalkan produk terbaru mereka yang dinamakan sebagai Tesla Solar Roof. Apa yang menarik, dari segi reka bentuknya ia tidak kelihatan seperti solar panel yang biasa digunakan pada atap rumah anda. Ia direka khas dengan bentuk atap sebenar. Rumah anda akan kelihatan sangat kemas walaupun atap yang digunakan boleh menjana tenaga elektrik untuk seluruh rumah anda!

Tesla Solar Roof ini didatangkan khas dengan 4 rekaan panel iaitu Slate Glass, Tuscan Glass, Textured Glass dan Smooth Glass. Manakala Tesla Power Wall pula digunakan untuk menyimpan tenaga elektrik yang dijanakan oleh Solar Panel tadi. Ia digunakan untuk caj kereta hybrid anda dan kegunaan elektrik rumah pada waktu malam.

Berdasarkan Tesla Solar Roof Website yang telah dimasukkan pricing estimator, jumlah harga untuk rumah dengan 2,000 kaki persegi ialah sebanyak USD42,500.00 sahaja dengan 10kW solar panels. Walaubagaimanapun perkhidmatan Tesla ini masih lagi tidak diberikan kepada pelanggan di Malaysia. Jika dilihat dari segi harga dan caj pemasangan, ianya bersesuaian dengan pelanggan yang berpendapatan tinggi.

Bagi kami, pengenalan produk ini adalah salah satu perubahan terbaru dalam teknologi pengunaan tenaga solar di mana ianya lebih mudah, lebih kukuh, tahan lama dan boleh diubah suai rekaan solar panelnya mengikut cita rasa dan kesesuaian rumah anda.

Tesla's Solar Roof

*To get the latest deals from us in Solarmuda, please click here . Please also like our facebook page on facebook: click here

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!