Tesla Solar Roof

Tesla Solar Roof

Tesla baru-baru ini memperkenalkan produk terbaru mereka yang dinamakan sebagai Tesla Solar Roof. Apa yang menarik, dari segi reka bentuknya ia tidak kelihatan seperti solar panel yang biasa digunakan pada atap rumah anda. Ia direka khas dengan bentuk atap sebenar. Rumah anda akan kelihatan sangat kemas walaupun atap yang digunakan boleh menjana tenaga elektrik untuk seluruh rumah anda!

Tesla Solar Roof ini didatangkan khas dengan 4 rekaan solar panel iaitu Slate Glass, Tuscan Glass, Textured Glass dan Smooth Glass. Manakala Tesla Power Wall pula digunakan untuk menyimpan tenaga elektrik yang dijanakan oleh Solar Panel tadi. Ia digunakan untuk caj kereta hybrid anda dan kegunaan elektrik rumah pada waktu malam.

Bagi kami, pengenalan Tesla Solar Roof ini adalah salah satu perubahan terbaru dalam teknologi pengunaan tenaga solar di mana ianya lebih mudah, lebih kukuh, tahan lama dan boleh diubah suai rekaan solar panelnya mengikut cita rasa dan kesesuaian rumah anda.

Tesla's Solar Roof

Comments are closed.

error: Content is protected !!