Kelebihan Tenaga Solar

 

Salam Semua! Hari ni admin ingin menerangkan beberapa kebaikan dan kelebihan tenaga solar yang mungkin tak ramai dari kita yang sedar dan tahu mengenainya. Antara kelebihan-kelebihan tanaga solar adalah seperti berikut:

Kelebihan Tenaga Solar

1. Menjimatkan Wang

solar-menjimatkan-wang

  • Penggunaan tenaga solar adalah percuma iaitu daripada cahaya matahari yang kita terima setiap hari. Kos yang mungkin terlibat hanya pada kali pertama ketika pembelian peralatan yang perlu digunakan untuk menerima tenaga solar ini. Bagi projek yang berskala besar, mungkin juga terdapat kos penyelenggaraan yang hanya sekali setahun.

2. Mesra Alam

solar-mesra-alam

  • Apabila hanya tenaga solar sahaja yang digunakan, sudah semestinya tiada hasil buangan yang perlu dihasilkan daripada penggunaan tanaga ini. Jadi, ia tidak akan merosakkan ekosistem disekitar kawasan yang terlibat. Dari segi pemasangan, ia tidak perlu melibatkan perubahan infrastructur (penanaman kabel elektrik dan sebagainya). Jadi, tidak ada tanah atau pokok yang perlu di buang atau di alihkan untuk tujuan kerja-kerja pengkabelan ini. Kebanyakan peralatan solar hanyalah mengunakan cara “plug and Play” yang sangat mudah dan cepat dipasang.

3. Boleh Diperbaharui

solar-Renewable-Energies

  • Tenaga solar ini adalah tenaga yang kita terima setiap hari tanpa perlu berbuat apa-apa. Jadi ia boleh diterima dan diperbaharui setiap hari. Kebanyakan peralatan solar hari ini dilengkapi dengan bateri yang boleh dicaj semula, jadi sekiranya tiada cahaya matahari pada waktu malam, bateri akan bertindak untuk menggantikan tenaga solar.

4. Menjana Sumber Kewangan

solar-jana-pendapatan

  • Terdapatkan juga syarikat yang telah mula untuk membina Solar Energy Plant. Tenaga ini boleh dijual kepada syarikat lain dan boleh menjana sumber kewangan.

5. Boleh beroperasi secara bebas

solar-solademise

  • Penggunaan tenaga solar ini tidak melibatkan sebarang ganguan dan penglibatan third party. Tidak ada halangan sekiranya kita mahu pasang sendiri peralatan solar di rumah dan sebagainya.

6. Kos Penyelenggaraan rendah

solar-low-maintenance

  • Kebanyakan peralatan solar ini berkualiti tinggi dan tahan lama. Sebagai contoh, solar panel keluaran kami boleh bertahan selama 15-20 tahun. Jadi kos penyelenggaran yang minimal (tidak perlu kerap) perlu dijalankan untuk memastikan tahan keberkesanan solar ditahap yang optimum.

7. Mendapat insentif kerajaan

solar-Tax+Credits

  • Kebanyakan negara-negara yang telah lama menggunakan tenaga solar secara optimum, pihak kerajaan mereka akan memberikan insentif kepada pengguna. Ini bagi menggalakkan lebih ramai lagi penduduk untuk menggunakan tenaga solar ini.

8. Tidak memerlukan bahan api

solar-noneedoil

  • Tenaga yang dihasilkan adalah 100% daripada cahaya matahari yang kita terima setiap hari. Jadi tidak perlu untuk mendapatkan bahan api yang lain yang lebih mahal untuk penghasilan tenaga ini.

9. Bersih

solar-clean-energy

  • Tenaga solar tidak menghasilkan sebarang bahan buangan. Jadi ia lebih bersih dari pada penggunaan tenaga yang lain.

10. Senang digunakan, senang dipasang (SolarMuda)

  • Ini adalah kelebihan tenaga solar tambahan yang admin nak bagi. Kesemua produk yang ada di Solarmuda.com.my adalah sangat senang digunakan dan dipasang. Cuma “plug and play” sahaja, produk akan beroperasi dengan sendirinya. Dengan pengunaan light sensor, produk akan on and off secara automatik tanpa perlu tekan switch on and off secara manual. Boleh layari laman online shop kami untuk lihat produk kami >> https://solarmuda.com.my/shop atau

clickhere